Friday 17 February 2012

tangisan hati si anak dan si ibu


Assalamualaikum wbt

ini bukan entry menagih simpati, bukan juga meraih belas kasihan. ini kisah pengajaran, buat diri serta buat rakan bloggers sekalian.
Selalu kita dengar kisah si Tanggang yang menderhakai ibunya, bagaimana di akhir penceritaan, si Tanggang disumpah menjadi batu. Kerana keredhaan Allah terletak pada redhanya kedua orang tua kita.


 
Marilah kita hayati sedikit sebanyak kisah di bawah ye. :')

Suatu pagi sabtu yang agak suam-suam panasnya, di kala umur masih muda, darah masih panas, Luka duduk sambil menghadap televisyen di ruang tamu. Mata tertancap kepada rancangan kartun kegemaran, Zoids Genesis. Ibu turun dari tingkat atas, sambil memerhatikan keadaan Luka yang masih belum mandi.
 

Luka mempunyai perasaan insecurity. Dia tidak suka kalau orang mempertikaikan tentang wajahnya yang dihinggapi jerawat. Itulah kompleks dalaman Luka yang sangat-sangat tidak boleh diusik. Ibunya sendiri tidak tahu kerana Luka tidak pernah mahu bercerita mengenainya.

Mungkin silap langkah ibunya kerana menegur Luka yang leka menonton kartun. "Dah la tak mandi, cuci muka pun belum. Mana lah muka kamu tak naik jerawat. Huh, belilah ubat mahal-mahal pun kalau tak cuci, manakan ada hasilnya!" Luka yang mendengar berasa bagaikan hatinya terhiris-hiris. Dia terus menutup televisyen, berlari menaiki tangga dan terus mengunci diri dalam bilik. Sejak hari itu, dia tidak pernah lagi mengeluarkan sepatah perkataan kepada ibunya dek terluka sangat.

Hari demi hari berlalu. Luka langsung berubah sikap. Dia tidak lagi menonton televisyen. Dia tidak lagi makan bersama dengan ahli keluarga. Kemuncaknya pada suatu hari tu, dia langsung tidak turun-turun. Ibunya yang risau saban hari kerana anaknya tidak bercakap dengannya, meminta si ayah untuk menjenguk Luka. Pujukan dan desakan si ayah tidak diendahkannya. Luka terus berkurung di dalam bilik.

Kerana terlalu risaukan anaknya, si ibu menelan ego dalam-dalam, dan berusaha memujuk Luka. Pada mulanya, Luka bersikap tidak mahu mempedulikan ibunya. Namun, setelah menggunakan kunci pendua, bilik Luka dapat dibuka. Si ibu melihat Luka yang menangis teresak-esak.

Si ibu berkata, "Kenapa Luka tak mahu bercakap dengan ibu? Sejak ibu cakap pasal tak cuci muka kat Luka, Luka terus tak bercakap dengan ibu. Ibu risau. Ibu sedih, ibu sayang semua anak-anak ibu. Dah, dah. Nah, salam tangan ibu. Mari turun makan, minum apa yang ada. Nanti jatuh sakit pula. Dah besar besar pun nak merajuk lagi"

Luka masih menangis tatkala ibunya menghulurkan tangan. Dia terus menggapai tangan itu dan menciumnya. Ibunya menarik Luka dalam pelukan dan mencium pipi anaknya itu. Terdengar tangisan kedua-dua anak beranak itu.

Pengajaran di sini: Sejauh mana pun kelakuan anak terhadap ibu bapanya, mereka tetap akan memaafkan perbuatan anaknya itu. Ini kerana sifat kasih sayang yang Allah tanamkan dalam diri manusia berbeza beberapa tingkat berbanding dengan haiwan. Namun, sebagai si anak, mereka haruslah mentaati dan menjaga perasaan ibu dan bapa, kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan mereka.

p/s: say Alhamdulillah, thank you Allah for my mother~ :')



2 comments:

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan yang menulis komen,

Anda seorang yang comel.

Sekian, terima kasih. :)