Tuesday, 21 February 2012

Belajar itu susah sangat ke?

 
Assalamualaikum wbt.

Di tengah malam yang sepi ini, di sebalik tiupan angin kipas yang menderu, sambil menghadap objek empat segi tepat mengeluarkan cahaya dan banyak butang-butang kecil yang menjadi tempat menari jejari comel, Nana menggerak-gerakkan tetikus ke kiri dan ke kanan untuk mencari sumber inspirasi belog (kenapakah ayat-ayatku sedemikian rupa? ~.~)

Lewat tengah malam ini, cukup-cukuplah kita berhibur berlara bagai. Mari kita renung sejenak apa yang Nana cuba sampaikan untuk entry kali ini.
sumber galian tumblr
Cuba anda perhatikan gambar ini? Renung tajam dan selam dalam-dalam perasaan sewaktu anda lihat gambar ini. Dapatkah anda memahami maksud tersirat di sebalik hasil fotografi yang cantik ini?

Sedarkah anda bahawa beruntungnya diri anda dilahirkan di bumi yang serba aman dan punya banyak kesenangan yang melimpah ruah? Lihatlah warga-warga Afghanistan ini, di sebalik runtuhan bangunan, meskipun terik mentari seolah membakar tubuh, namun kerana mereka dahagakan ilmu, mereka gagahi jua. Mereka inilah manusia tabah, mereka inilah baru dikatakan gigih. Kesusahan tidak menghalang mereka mencari harta paling bernilai, iaitu ilmu. Melihat ini, Nana berasa malu. Kesenangan yang Nana perolehi semasa belajar membuatkan Nana sering alpa, leka, lalai, malas. Ya Allah, adakah aku menjadi manusia yang tidak mengenang budi? Apakah aku menjadi seorang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepadaku? Ampunilah aku, hambaMu yang lemah, pimpinlah aku ke jalan yang paling diredhai Mu, Ya Allah.

p/s: Berpesan-pesanlah kepada kebaikan. Bersama mencegah keburukan. :)


4 comments:

  1. bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. xlah..xsush pon nk belajr sesuatu yg baru..nak seribu daya..xnak seribu dalih..ye dak..hehe

    ReplyDelete
  3. Apa pun yang kita lakukan takde yang senang kan. yang penting usaha kan.

    ape2 pun, melihat gambar tu baru kita rasa bertuahnye kita.

    ReplyDelete
  4. sy sgt2 b'syukur dok kat bumi M'sia.. >_<

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan yang menulis komen,

Anda seorang yang comel.

Sekian, terima kasih. :)