Monday, 13 February 2012

Siapakah bakal imamku?

 
Assalamualaikum wbt

Nana sedang berfacebooking tadi while mencari-cari idea untuk di taip malam nie. Siyes mata Nana sangat berat, tak dapat nak fikir dalam-dalam. Namun, terlintas di benak hati nak share something valuable dengan rakan-rakan yang selalu berkunjung. lalu Nana singgah di page "Mencari Sinar Kebahagian" di facebook.

Ingin Nana berkongsi dengan anda sesuatu yang Nana rasa patut di ambil berat tak kira la lelaki mahupun perempuan. Since kite saling melengkapi, tak salah jika kita sama-sama menghargai kewujudan diri kita kan?






“Cari-carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan. Bahagia berseri rumahtangga akan harmoni…”

Bergema satu bilik lagu nasyid Kumpulan Rabbani, “cari pasangan”. Menghayati liriknya sungguh bermakna. Membelai jiwaku yang selama ini dilanda dilema hidup. Hatiku kosong dan menderita dahagakan sebuah kasih buat peneman hidup.

Mencari seorang calon isteri yang solehah bukanlah kerja senang. Ia diumpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka semakin susah untuk dapat.

Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat. Lewat menunaikan seru.


**************

“Sebelum kita kaji dan telek bakal isteri, paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” pesan sahabatku suatu masa dahulu di alam kampus.

“Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri kita. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. Tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.”

“Tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” tanyaku dengan muka mengharap.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah.

Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” 


“ Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”

Benar.

Bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi?

Jika ada yang kurang pada bakal zaujah, si suami perlu tampung selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa tidak boleh diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan.

Aku juga sedar kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya. Itu adalah silap tafsir.

Ya Allah, layakkah aku untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta aku pada Pencipta manusia itu masih belum mantap? Aku hamba yang lemah cuma mengharap yang halal bagiku untuk kubina istana cinta dengan penuh barakahMu.

Terimalah permohonan hamba hina ini Rabb
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tersentuh hati Nana baca nukilan ini. Nana sering fikir nak yang terbaek untuk jadi sang suami buat Nana. sedangkan diri Nana ni layak ke untuk jadi yang terbaek untuk sang isteri buat si dia? Lalu Nana teringat sebuah pesanan daripada sahabat baik Nana:
Dengarilah sahabat Allah memujuk, "Attoyyibat littoyibin" (annur;26) Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik & sebaliknya. Telah tercatat seungkap nama di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau teguh di atas jalan yang diredhai,  inshaAllah, si dia turut di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Hakiki, nescaya cinta si soleh/solehah turut kau miliki ^^

p/s: Jodoh itu rahsia Allah. Shhhhhhhh! ^___^

7 comments:

  1. betul tu.kalau nak yang elok,perelokkan lah diri kita terlebih dulu kan.ni tak.nak yang perfect tapi diri sendri pon tak terjaga.moga ditemukan jodoh yang terbaik buat diri ini.insya-ALLAH.walaupun dia bukan yang terbaik,tapi ALLAH tau dialah yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  2. singgah sini bace entry...
    nice ")

    ReplyDelete
  3. wau .. tertarik dengan entri nih .. alhamdulillah .. berkat doa ibu bapa , kawan-kawan , dan semua yang mengenali , insyAllah .. akan di pertemukan dengan yang baik .. serius .. touching dengan entri nih ..

    ReplyDelete
  4. dimana kita mencari,disitulah jenis pasangan yang kita akan dapat yang seiras dengan tempat yang kita jumpa itu...paham x?hehe

    ReplyDelete
  5. selamat mencari..
    tp better abiskan study dulu kot.. huhu=

    ReplyDelete
  6. insyaallah...
    semoga kita semua menadapat pasangan yg boleh menjaminkan keluarga yg sakinah mawadah warahmah...

    ReplyDelete
  7. kne perbaiki dri nie, huhu~.. T_T
    moge kite sumer dpt jodoh yg baik2, amin3~...

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan yang menulis komen,

Anda seorang yang comel.

Sekian, terima kasih. :)