Tuesday, 20 March 2012

Hampir semuanya bersifat sementara



Assalamualaikum wbt.

Baiklah, pelik tak tengok entry align sebelah kiri?
Nah, bukti betapa sementaranya sifat allignment entry nih? Hehe.

Soalan: Kenapa kau nak ber'blog'?
Hurm, sebenarnya saya memang suka sangat menaip-naip dari berbicara. Lagipun style saya, less talk, more to a typer. Saya lebih suka meluahkan, mengutarakan, berkongsi akan sesuatu dengan orang lain especially without eye-contact. So, I am a failed performer. Kalau depan khalayak ramai. Tetapi, saya berblog bukan kerana minat utama. Hanya sekadar mengisi masa terluang. Jadi, sifat belog saya adalah sementara.

Soalan: Kenapa tiada blogger selebriti kat kau punya belog-list?
Saya bukannya tidak kenal, kenal sangat-sangat. Siapa lah xkenal selebriti kan? Namun, tujuan asal saya berblog bukan nak mengejar populariti. Ya, saya akui, kebelakangan ni saya tersasar. Mahu cepat-cepat tambah follower. Tapi, saya tersedar. Tiada guna saya mengejar semua itu, sedangkan belog saya hanyalah persinggahan. Bak dunia jugak. Kan belog saya bersifat sementara?

Soalan: Kau menunjuk ke kau reti doodle?
Saya sendiri akui saya pernah berniat nak show-off betapa terrornya saya mendoodle. Lagi sekali, saya tersedar sendiri kerana keterroran saya dalam mendoodle bersifat sementara juga. Ini kerana semuanya adalah anugerah yang dipinjamkan kepada saya. Bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil kembali. Sementara je nie.

Soalan: Kau menunjuk ke yang kau ni macam bagus sangat?
Saya bukanlah sempurna. Saya hanya manusia yang sama seperti kamu. Juga tidak kekal. Jadi, kot celah mana pun, saya tidak akan pernah akan jadi bagus sangat. Mencuba ya, berjaya jadi, mungkin sukar kot. Senang cerita, saya pegang ini je:
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri
Manusia memang sentiasa ingin menjadi sempurna. Tetapi, seringkali gagal kerana asyik mencari kelemahan orang lain dan menganggap diri sendiri lebih hebat dan bagus. Tak boleh tau, sebab kita ada ups n downs dalam life kita. tak selalu kita kat atas, dan tak selalu kita di bawah. Nah, kan ianya bersifat sementara jugak.

p/s: Dunia ini hanya sementara.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan yang menulis komen,

Anda seorang yang comel.

Sekian, terima kasih. :)