Tuesday 15 January 2013

Hikikomori - Gelaran untuk mereka yang tamau keluar rumah

Assalamualaikum wbt

HIKIKOMORI - ひきこもり or 引き籠もり

secara amnya bermaksud: mengasingkan diri
secara terperinci: terma yang digunakan ke atas orang muda yang menjauhi kehidupan sosial dan lebih selesa berada di rumah sepanjang masa.

Mungkin fenomena ini di Malaysia tidak seteruk seperti yang berlaku di Jepun/Korea dan beberapa buah negara lain, tetapi ia agak membimbangkan, ujar aku kepada aku. Sejak aku tamat perkhidmatan sebagai guru ganti, aku jarang keluar rumah. Hehehe. 

Okay, mungkin korang akan bertanya, macam mana hikikomori ini boleh terjadi?
Sebenarnya, perkara ini sering terjadi kepada mereka yang merasa janggal berada di lingkungan sosial. Mereka berasa seperti mereka bukan seseorang yang mudah bergaul. Mereka lebih selesa menyendiri daripada berinteraksi dengan orang ramai. 

Bagaimana ingin mengetahui jika anda adalah seorang HIKIKOMORI?
Menurut kajian, terdapat 6 kriteria yang boleh dikenal-pasti sebagai HIKIKOMORI
  1. Menghabiskan sepanjang hari, dari pagi sampai ke malam, terperap di dalam bilik/rumah
  2. Mempunyai ciri-ciri untuk sedaya upaya mengelak daripada situasi sosial
  3. 2 simptom di atas mempengaruhi kehidupan calon HIKIKOMORI dari segi rutin harian, pekerjaan/pembelajaran, aktiviti sosial dan perhubungan.
  4. Menerima pengasingan diri adalah perkara terbaik untuk diri sendiri
  5. Tempoh pengasingan mengambil masa lama
  6. Tiada penyakit mental (untuk menjelaskan situasi pengasingan diri)

Contoh HIKIKOMORI
P/S: Sebenarnya, aku terjumpa term ini dalam suatu movie seram Korea. Tetapi, sudah lama, jadi aku dah tak ingat cerita apa. Dan aku rasa macam tengah menghidap symptom2 HIKIKOMORI. O' ALLAH, tolong lindungi aku. :'(

5 comments:

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan yang menulis komen,

Anda seorang yang comel.

Sekian, terima kasih. :)