Friday, 26 October 2012

ucapan raya paling pelik.

Assalamualaikum w.b.t
10 Zul-Hijjah 1433H

Sekali lagi si pemalas ini menghilangkan diri.
Apa nak jadi?
Orang cakap, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Mungkin ketiadaan update baru tuan rumah belog ini adalah kerana tiada kemahuan.
*perenggan berbaur lari tajuk*

Masa lalu lalang di ruangan masa muka buku, acap kali ternampak status dan post terbaru setiap kawan
tak kurang juga doodle-doodle islamik bertemakan lembu dan kambing.
ada juga yang share pelbagai gambar mengenai Kaabah.
"oh aidil-adha menjelang tiba"

munculnya aidiladha membawa makna akan tibanya penghujung tahun bagi kalendar lunar eh hijriah (sila betulkan jika terdapat kesalahan).
selain itu, aidiladha mengajak kita mengambil iktibar akan peristiwa yang menjadikan aidiladha itu sebenarnya istimewa di pandangan Si Pencipta.

Ada yang bertanya, apakah erti pengorbanan? 
Nama pun hari raya korban, so related la kan?
secara jujurnya, jawapan yang ku mampu berikan berdasarkan hemat tungkus lumus akal; ialah:
al-ikhlas
motif al-ikhlas terbit dari kotak pemikiran ku?
pengorbanan itu ikhlas, tulusly (bak kata syabab musafir kasih), hanya kerana Allah SWT.
tetapi ikhlas di sini mcm surah al-ikhlas. 
ade ke kau jumpa perkataan ikhlas dalam surah tersebut?
*senyum kambing yang terselamat dari korban*

So, ape yang diri ini akan korbankan?
Masa, tenaga dan wang ringgit? Dan untuk apa?
Ku ada jugak rasa mahu korbankan malas.
Malas ni da cukup sihat dan gemok utk dikorbankan.

Perenggan terakhir ini, jujurnya aku hanya mampu letakkan ini:
adess, lapar. Bau rendang ayem sangat menyelerakan. Kok kok kok kok

1 comment:

  1. salam aidiladha..
    lme xsinggh sini..
    bloq sy pUn dh xberupdate jg..hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan yang menulis komen,

Anda seorang yang comel.

Sekian, terima kasih. :)